PENGANGGURAN
A. Pengertian Penganguran
Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mau bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sebuah negara, yaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan sanggup bekerja. Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana itu pengangguran digunakan secara secara meluas untuk mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi.
B. Sebab – Sebab Penganguran
Pengangguran boleh disebabkan kepada beberapa faktor termasuk geseran atau normal (friksional), bermusim, berstruktur dan berkitar (cyclical).
Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Friksional ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan bekalan buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga pekerja menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan.
Pengangguran bermusim berlaku contohnya apabila industri mengalami musim yang lembab seperti dalam pembinaan, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai, dan nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.
Pengangguran berstruktur muncul daripada ketakseimbangan di antara jenis pekerjaan yang pekerja mahu dan jenis pekerja yang majikan mahu. Ketakseimbangan ini boleh disebabkan oleh kekurangan kemahiran, lokasi, atau karektor peribadi. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran mereka kehilangan pekerjaan. Dan kilang dalam industri yang merosot akan tutup yang menyebabkan pekerja mereka hilang pekerjaan.
Pengangguran berkitar disebabkan oleh kekurangan permintaan bagi buruh. Apabila kitaran perniagaan menjunam contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan perkhidmatan jatuh akibatnya pekerja diberhentikan.
C. Jenis – Jenis Pengangguran
Terdapat 3 jenis pengangguran yaitu :
• Pengangguran Geseran
Pekerja sanggup untuk tidak bekerja sementara mendapat pekerjaan lain &
bukan disebabkan oleh ketidakmampuan mencari pekerjaan. Pengangguran
geseran akan sentiasa wujud sepanjang masa terutamanya apabila ekonomi
mengalami perkembangan yang pesat secara terus-menerus.
• Pengangguran Struktur
Terdapat beberapa faktor utama yang menjurus kepada perubahan struktur
ekonomi sesebuah Negara seperti Perubahan Citarasa Pengguna & Kemajuan
Teknologi.
• Pengangguran Kitaran & Pusingan
Ketika ekonomi mengalami kemelesetan, permintaan bagi barng-barang akan
berkurangan. Ini menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti
pengeluaran & penggunaan buruh.
D. Puncak – Puncak Pengangguran
Faktor yang mempengaruhi puncak – puncak pengangguran yaitu :
• Kehilangan Pekerjaan
Kategori ini terdiri daripada mereka yang diberhentikan atau terpaksa berhenti
daripada pekerjaan, samaada untuk tempoh sementara atau berkekalan.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehilangan pekerjaan seperti
kegagalan pekerja memenuhi syarat pekerjaan ataupun kegagalan firma
memenuhi keperluan pekerjanya.
• Meninggalkan Pekerjaan
Terdapat sesetengah golongan meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela
& tidak semestinya atas alasan mereka dipecat.
• 6.8.3 Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Baru
http://www.scribd.com/doc/18743482/pengangguran
Tidak ada komentar:
Posting Komentar